iPad Mini Ditangguhkan Kerana Kekurangan Bekalan?

iPad Mini Ditangguhkan Kerana Kekurangan Bekalan?

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Ura-ura berkaitan iPad Mini telah dikatakan sejak beberapa bulan lepas, termasuk terbaru dilaporkan ia telah memasuki pengeluaran, dan Apple telah membuat tempahan sebanyak lebih kurang 10 juta unit.

Mengikut ura-ura awal, Apple sepatutnya melancarkan iPad Mini pada minggu hadapan, namun, sehingga kini tiada sebarang jemputan media dikeluarkan, dan lanjutan daripada itu, terbaru dilaporkan yang mana pengeluaran iPad Mini tertangguh kerana kekurangan bekalan. Antara perkara yang tidak mencukupi, dikatakan adalah skrin dan juga bahagian chassis untuk iPad baru ini.

Mungkin bagi anda yang menantikan peranti terbaru iOS ini, terpaksa menangguhkan untuk beberapa hari, dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi pihak Apple.


TIPS & ULASAN