HTC Desire X Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1199

HTC Desire X Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1199

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ini, kini pihak HTC Malaysia telah pun memulakan jualan peranti terbaru mereka, HTC Desire X. Ia dijual tanpa sebarang pelan atau pakej syarikat telekomunikasi pada harga RM1199.

Peranti terbaru HTC ini membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, ruangan storan terbina 4GB yang boleh diperluaskan dengan sokongan mikro-SD, skrin bersaiz 4-inci WVGA, memori sebanyak 768MB RAM, dan juga turut dijana menggunakan sokongan audio Beats. HTC Desire X turut sama dilengkapi dengan kamera 5 megapixel serta bateri berkapasiti 1650mAh. Peranti ini dijana menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan bakal menerima kemaskini Jelly Bean tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan peranti ini daripada pengedar rasmi HTC seluruh negara.


TIPS & ULASAN