Pengaktifan Peranti Android Akan Melangkaui Angka 1 Billion Tahun Hadapan

Pengaktifan Peranti Android Akan Melangkaui Angka 1 Billion Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Dengan angka peranti Android yang semakin meningkat dari hari ke hari, kini Eric Schimdt mengatakan yang mana angka pengaktifan peranti Android di seluruh dunia akan melangkaui satu bilion menjelang tahun hadapan.

Buat masa ini, terdapat lebih daripada 500 juta peranti Android yang telah diaktifkan dan digunakan oleh para pengguna seluruh dunia, daripada telefon pintar, tablet dan lain-lain lagi. Mengikut angka terbaru yang dikeluarkan oleh Google, ia dikatakan terdapat lebih 1.3 juta peranti Android baru diaktifkan setiap hari.

Ia kelihatan Google agak yakin dengan platform Android mereka, walaupun pada tahun hadapan, beberapa peranti berplatform baru akan berada di pasaran, termasuk Windows Phone 8, BlackBerry 10, Firefox OS, Tizen dan juga peranti berasaskan MeeGO daripada Jolla.


TIPS & ULASAN