Ubuntu One Kini Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta Untuk Mac OS X

Ubuntu One Kini Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta Untuk Mac OS X

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Bagi para pengguna storan awan, Ubuntu One, kini sokongan perkhidmatan tersebut diperluaskan lagi, membolehkan para pengguna yang menggunakan Mac OS X mendapatkan klien khas untuk desktop mereka, dan menguruskannya terus daripada desktop.

Sehingga ke hari ini, ia telah pun tersedia pada Windows, Ubuntu, iOS dan juga Android. Pengenalan untuk Mac OS X ini, memperlihatkan sokongan penuh Ubuntu One pada pelbagai platform utama, sekaligus memudahkan para pengguna mengakses fail mereka daripada mana-mana peranti yang digunakan.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta, dan versi akhir dijangka akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi.

Muat-Turun Ubuntu One Beta Untuk Mac OS X


TIPS & ULASAN