Cari @ Amanz

Setelah membolehkan sokongan penggunaan emoticon pada Facebook Chat untuk sekian lama, kini, bermula hari ini, ia kelihatan sokongan yang sama turut diintegrasikan pada bahagian komen pada status, gambar, video dan sebagainya di Facebook.

Namun, penggunaan emoticon pada kemaskini status Facebook masih belum diaktifkan, dan hanya sekadar penggunaan pada bahagian komen sahaja. Ia berfungsi sepenuhnya pada komen dibahagian profil dan juga Facebook Pages. Buat masa ini, ia hanya diperlihatkan pada penggunaan melalui pelayar web desktop sahaja, dan mungkin akan diperluaskan ke aplikasi mudah-alih tidak lama lagi.

Jadi, bagi anda yang mempunyai akaun Facebook, mungkin boleh mencubanya hari ini, dengan meninggalkan komen di sana. ;)

Tips awal daripada Aiez

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd