Pelanggan PraBayar Celcom Boleh Mendapatkan Nano-SIM Bermula 15 Oktober

Pelanggan PraBayar Celcom Boleh Mendapatkan Nano-SIM Bermula 15 Oktober

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Setelah menawarkan kad-SIM berbentuk nano untuk para pelanggan pascabayar sejak 6 Oktober 2012 yang lepas, kini Celcom turut sama kelihatan memperluaskan sokongan nano-SIM untuk pelanggan prabayar mereka bermula daripada 15 Oktober 2012.

Nano-SIM merupakan kad-SIM bersaiz kecil dan nipis yang digunakan pada iPhone 5. Buat masa ini, ketiga-tiga gergasi telekomunikasi di Malaysia telah menawarkan kad-SIM nano untuk pelanggan mereka, iaitu daripada Celcom, DiGi dan juga Maxis.

Seperti dinyatakan sebelum ini, Celcom menawarkan kad-SIM mereka secara percuma untuk pelanggan Celcom First dan mereka yang telah melanggan perkhidmatan Celcom untuk lebih daripada 12 bulan. Sementara untuk pelanggan baru pula yang menggunakan perkhidmatan Celcom kurang daripada 12 bulan pula dikenakan caj sebanyak RM5.


TIPS & ULASAN