Apple Dikatakan Bakal Memperkenalkan iPad Mini Pada 23 Oktober Kelak

Apple Dikatakan Bakal Memperkenalkan iPad Mini Pada 23 Oktober Kelak

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Lanjutan daripada laporan yang mengatakan pengeluaran iPad Mini yang sedikit lambat, kini diperkatakan Apple bakal melancarkan ia secara rasminya pada suatu acara pada 24 Oktober kelak. Namun, ia masih tidak diketahui bilakah iPad Mini akan dijual dipasaran.

Ura-ura dan laporan berkaitan dengan iPad Mini bukanlah sesuatu yang baru, dan telah diperkatakan sejak beberapa bulan yang lepas. Tablet bersaiz 7.85-inci daripada Apple ini dikatakan akan membawakan penyambung Lightning sama seperti yang terdapat pada iPhone 5.

Pada masa yang sama, ia turut diura-ura akan yang mana ia hanya akan menyokong WiFi sahaja. Mungkin kita akan ketahui lebih lanjut sama ada ia akan menyokong kad-SIM padanya atau tidak pada acara pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN