Rekabentuk Kotak Fizikal Windows 8 Diperlihatkan

Rekabentuk Kotak Fizikal Windows 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Okt 12, 2012 oleh .

Dengan tempoh dua minggu lagi sebelum Windows 8 dilancarkan secara rasminya, kini Microsoft telah pun berkongsi akan rekabentuk akhir kotak fizikal Windows 8 yang telah pun boleh di pra-tempah di Amerika syarikat bermula hari ini.

Windows 8 Pro didatangkan dalam dua variasi seperti biasa, 32-bit dan juga 64-bit, dimana beberapa pakej diperkenalkan kepada para pengguna.

Untuk para pengguna tempatan yang membeli komputer Windows 7 sejak daripada 2 Jun 2012 sehingga 31 Januari 2013 kelak, anda boleh mendapatkan kemaskini Windows 8 pada harga promosi, iaitu hanya RM49.92 sahaja, dan boleh mendapatkan ia pada harga promosi daripada laman Windows Upgrade Offer.

Kemaskini menggunakan Windows 8 Upgrade Assistant untuk semua pengguna akan diperkenalkan pada 26 Oktober kelak. Harga jualan ia di Malaysia masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.


TIPS & ULASAN