Carian
FashionValet.net Memenangi RM1 Juta Daripada Make The Pitch
October 12, 2012 Aman

FashionValet mempunyai lebih 10,000 pengguna dan pilihan lebih 150 jenama.Make The Pitch mungkin tidak asing lagi untuk mereka yang meminati dunia keusahawanan dan rancangan realiti televisyen. Dan untuk musim kedua ini, FashionValet.net, salah satu syarikat berasaskan internet tempatan memenanginya, dan membawa pulang RM1 juta.

FashionValet.net seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu pusat jual-beli pakaian, aksesori, beg-tangan dan sebagainya atas-talian dan telah pun sedia dikenali ramai. Dengan memenangi acara Make The Pitch ini, ia sekaligus membawa FashionValet setapak kehadapan lagi, disamping membolehkan mereka mengembangkan perniagaan ke arah lebih positif.

Bercakap mengenai Make The Pitch, pada musim yang lepas, ia telah dimenangi oleh Voucheres, yang mana sehingga kini tidak diketahui apakah perkembangannya, dengan laman yang tidak dikemaskini buat suatu masa yang lama, menjadikan ramai tertanya-tanya sama ada ia masih hidup ataupun sebaliknya.

Komen