GMail 4.2 Untuk Android Bakal Membawakan Beberapa Fungsi Baru

GMail 4.2 Untuk Android Bakal Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Okt 13, 2012 oleh .

GMail adalah salah satu aplikasi yang amat digunakan ramai pengguna Android, apatah lagi ia memudahkan pengurusan akaun GMail seseorang pengguna. Kini, melalui aplikasi GMail 4.2 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, beberapa fungsi baru yang bakal dibawakan padanya diperlihatkan melalui sebuah video oleh Android Police.

Pada GMail 4.2, ia menyertakan sokongan swipe sama seperti pada notifikasi, mahupun aplikasi Twitter dan sebagainya, membolehkan para pengguna menyimpannya, atau memadamkan ia dengan pantas.

Selain itu, ia turut menyertakan sokongan zoom dengan menggunakan dua jari, sama seperti ketika melayari laman web dan sebagainya, memudahkan anda melihat sesuatu mesej yang bersaiz kecil dengan lebih mudah.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah GMail 4.2 untuk Android ini akan dilancarkan kepada semua. Mungkin dengan beberapa info yang mula tertiris ke arena web ini, kita akan dapat melihat Google memperkenalkannya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN