Samsung Nexus 10 Akan Dijual Pada Suku Tahun Pertama 2013?

Samsung Nexus 10 Akan Dijual Pada Suku Tahun Pertama 2013?

Diterbitkan pada Okt 13, 2012 oleh .

Pada beberapa bulan lepas, ia telah diura-ura akan yang mana Google akan hadir dengan beberapa peranti Nexus tahun ini. Kini, selain daripada LG, Samsung turut sama dikatakan akan memperkenalkan peranti Nexus, iaitu salah satu tablet bersaiz 10-inci.

Peranti yang dipanggil “Nexus 10” buat masa ini bakal dibangunkan oleh Samsung, seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, dan memfokuskan kepada teknologi paparan. Ia dikatakan Nexus 10 ini kelak akann membawakan skrin bersaiz 10-inci dengan paparan 2560×1600 pixel padanya. Ia turut diperkatakan bakal menggunakan cip pemprosesan Samsung Exynos 5 (ARM Cortex-A15) bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, perkara ini masih kekal ura-ura lagi, dan masih tiada sebarang pengesahan berkaitan dengannya. Namun, dengan LG dan Google yang dijangka akan memperkenalkan peranti Nexus mereka pada penghujung bulan ini, mungkin kita akan mendengar atau melihat sesuatu daripada pihak Samsung.


TIPS & ULASAN