Gambar Dan Video Awal Asus Padfone 2 Mula Kelihatan

Gambar Dan Video Awal Asus Padfone 2 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Okt 13, 2012 oleh .

Asus telah pun mengesahkan Asus Padfone 2 akan dilancarkan pada 16 Oktober ini. Namun, lebih awal daripada itu kini, gambar dan video awal untuk peranti tersebut telah pun mula kelihatan di arena internet hari ini, selain turut dikongsikan oleh pihak BloombergUTV.

Padfone 2 seperti biasa membawakan gabungan antara telefon pintar dan juga tablet. Telefon pintar Padfone kini membawakan saiz sebesar 4.7-inci, selain turut menyertakan kamera 13-megapixel padanya.

Rekaan tablet Padfone 2 juga dikatakan lebih ringan daripada generasi sebelumnya, selain membawakan sedikit perubahan pada rekaletak telefon didalam tablet tersebut.

Mengikut laporan sebelum-sebelum ini, ia turut diperkatakan Padfone 2 bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Qualcomm Krait APQ8064 Snapdragon, memori sebanyak 2GB RAM, kamera hadapan 1.2-megapixel, sokongan NFC dan banyak lagi.

Asus bakal mengumumkannya secara rasmi pada 16 Oktober ini, dan mungkin lebih maklumat lanjut berkaitan dengannya akan kedengaran pada hari tersebut.


TIPS & ULASAN