iPod Touch Baru Mula Dijual Oleh Pengedar Rasmi Apple Di Malaysia

iPod Touch Baru Mula Dijual Oleh Pengedar Rasmi Apple Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 13, 2012 oleh .

Sementara iPhone 5 yang masih menjadi tanda tanya berkenaan bilakah akan diperkenalkan di Malaysia, terlebih dahulu, kini iPod Touch generasi kelima yang diperkenalkan tempoh hari, telah pun mula ditawarkan oleh beberapa pengedar tempatan bermula hari ini.

iPod Touch baru ini membawakan skrin bersaiz 4-inci, sama seperti pada iPhone 5, yang mana turut didatangkan dengan sokongan paparan Retina. Ia turut menyertakan iOS 6 padanya, selain dilengkapi dengan cip pemprosesan A5, serta kamera 5-megapixel untuk rakaman gambar dalam bentuk 1080p.

Menurut Machines, salah satu pengedar tempatan, stok yang terdapat dalam simpanan mereka adalah terhad buat masa ini. iPod Touch baru ini dijual pada harga RM1049, dan boleh turut didapati melalui halaman rasmi Apple Store Malaysia.


TIPS & ULASAN