Cari @ Amanz

Bagi mereka yang gemar memasang dan membuang aplikasi pada peranti Android mereka, mungkin tidak berapa mengemari senarai penuh yang diperlihatkan pada halaman My Apps di Google Play. Kini, dengan mudah, anda boleh menguruskannya dengan membuang apa yang tidak digemari anda.

Seperti semua sedia maklum, pada halaman My Apps, ia menyimpan senarai aplikasi-aplikasi yang pernah dipasang anda pada pelbagai peranti yang menggunakan akaun Google anda. Kini, melalui sokongan membuangnya, anda boleh membuang aplikasi yang tidak digemari atau tidak ingin disertakan pada akaun anda dengan mudah.

Disamping itu, kemaskini ini juga kelihatan membawakan sokongan memperlihatkan ikon pada notifikasi sesuatu aplikasi setelah ia dipasang dan sebagainya.

Bagi yang ingin mencubanya terlebih dahulu, boleh mendapatkan fail APK, dan memasangnya pada peranti anda sendiri hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd