Rakuten Malaysia Bakal Dilancarkan Bulan November Ini

Rakuten Malaysia Bakal Dilancarkan Bulan November Ini

Diterbitkan pada Okt 13, 2012 oleh .

Rakuten yang sedia terkenal sebagai laman e-dagang popular di Jepun, dan telah pun mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan hadir ke pasaran Malaysia. Kini, melalui promosi fizikal yang dilakukan pihak Rakuten, ia kelihatan bakal dilancarkan pada bulan November ini di Malaysia.

Rakuten Malaysia kelak akan menawarkan barangan tempatan dan juga antarabangsa pada harga yang berpatutan terus daripada web Rakuten.com.my, disamping turut dilengkapi dengan khidmat pelanggan seperti di Jepun.

Rakuten di Malaysia merupakan negara ketiga menerima perkhidmatannya, setelah Thailand dan Indonesia. Selain Rakuten, pelbagai jenama lain turut memfokuskan rantau Asia Tenggara akhir-akhir ini dalam perkhidmatan e-dagang. Mungkin sepanjang tahun 2013, lebih banyak nama-nama dan jenama besar akan memasuki arena yang sama.


TIPS & ULASAN