Cari @ Amanz

Dengan dunia internet dan sosial yang semakin berkembang pesat, ia turut membawa kepada kesan negatif, dimana kadang-kala menganggu urusan kerja sekiranya tidak digunakan secara terkawal. Untuk menguruskan laman-laman yang sering membuatkan produktiviti anda berkurangan, kini anda boleh mengawalnya menggunakan StayFocusd.

StayFocusd merupakan salah satu aplikasi pihak ketiga untuk Google Chrome, membolehkan para pengguna Chrome menambahnya pada pelayar web masing-masing, dan seterusnya mengawal laman-laman yang kurang berguna dengan menambah URL padanya.

Melalui StayFocusd, para pengguna boleh menetapkan masa maksimum yang dibenarkan untuk melayari sesuatu URL untuk sesuatu hari. Anda kemudiannya akan dibenarkan untuk melayari laman tersebut mengikut tetapan anda, kemudiannya sekiranya anda mengatasi masa tersebut, laman tersebut akan dihalang akses, dan tidak boleh mengaksesnya sehingga hari berikutnya.

Beberapa tetapan tambahan turut disertakan, seperti sokongan yang dinamakan “Nuclear Option”, dimana ia akan menghalang akses sepenuhnya ke semua web untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.

Namun, seperti biasa, segalanya masih bergantung kepada anda, memandangkan anda masih boleh mengatasinya dengan nyah-aktifkan StayFocusd, ataupun mengubah pelbagai tetapan, dan masih melayari laman-laman yang kurang produktif.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd