Carian
Permainan Halo 4 Tertiris Ke Dunia Internet
October 13, 2012 Aman

Permainan Halo 4 daripada Microsoft semestinya salah satu permainan yang dinantikan ramai pemain Xbox 360. Namun, dengan lebih kurang tiga minggu lagi sebelum ia dilancarkan secara rasminya, kini permainan tersebut mula tertiris ke arena web.

…memainkan permainan cetak rompak pada Xbox mungkin menyebabkan anda diharamkan dari Xbox LiveWalaupun mungkin ia sesuatu perkara biasa untuk permainan video tersebar di web untuk dimuat-turun, namun tersebarnya ia jauh sebelum pelancarannya adalah salah satu perkara yang jarang sekali berlaku.

Menurut Microsoft, mereka sedang bekerjasama dengan pasukan sekuriti mereka, serta pihak berkuasa untuk menyemak perkara ini. Tetapi, memandangkan ianya sudah sedia terdapat di internet, mungkin agak sukar untuk dikawal buat masa ini.

Komen