MMU Dan Lebih 72 Laman IPT Malaysia Digodam

MMU Dan Lebih 72 Laman IPT Malaysia Digodam

Diterbitkan pada Okt 14, 2012 oleh .

Nampaknya, seperti kebanyakkan laman web milik kerajaan, laman-laman milik IPT, yang menggunakan akhiran .edu.my dan juga banyak yang terdedah kepada pelbagai kerentanan, dimana hari ini lebih 72 laman IPT tempatan digodam.

Kerentanan ini didedahkan oleh beberapa kumpulan pengodam tempatan, termasuk Sofea Hana, NewbieEvilCode, dan juga LanunHitam Crew. Namun, ia dimaklumkan, tiada sebarang pengkalan data yang mengalami kerosakan kritikal, dan beberapa laman dilihat telah pun pulih berfungsi seperti biasa.

Senarai penuh laman dan URL yang digodam yang kebanyakkannya terdiri daripada web Kolej Komuniti, boleh didapati melalui laman KenaHack.com.

Tips daripada Omar.


TIPS & ULASAN