Carian
Beberapa Poster Dari Projek #KL48HourFilm Mengintegrasikan Sokongan AR
October 14, 2012 Aman

Dengan peranti mudah-alih yang semakin meluas digunakan, teknologi AR (Augmented Reality) turut menerima kesan positif di dunia, termasuk Malaysia. Jikalau sebelum ini kita lihat Proton dan beberapa jenama lain menggunakannya, kini poster filem daripada projek KL 48 Hour Film turut menggunakannya.

Melalui integrasi ini, apabila seseorang mengimbas gambar poster tersebut menggunakan telefon pintar mereka, trailer filem tersebut akan dimainkan terus pada peranti mereka, menjadikan ia lebih mudah untuk para pengguna mengetahui lebih lanjut mengenai sesuatu filem.

Untuk menjayakan perkara ini, aplikasi Aurasma digunakan. Aurasma merupakan salah satu aplikasi AR yang mana bukan sahaja membolehkan pengguna mengimbas untuk kandungan yang diintegrasikan, tetapi turut sama membolehkan sesiapa sahaja hadir dengan kandungan AR mereka tersendiri, sekaligus menjimatkan kos, tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menghasilkannya.

Dan dengan apa yang diperlihatkan, ia semestinya adalah salah satu perkara yang menarik sekiranya kelak semua pangguna seluruh Malaysia, membawakan fungsi seumpamanya pada poster-poster filem yang dipaparkan.

Apa kata anda?

Komen