Terjunan Felix Baumgartner Dari Angkasa Bakal Dicuba Sekitar Pukul 8 Malam Ini

Terjunan Felix Baumgartner Dari Angkasa Bakal Dicuba Sekitar Pukul 8 Malam Ini

Diterbitkan pada Okt 14, 2012 oleh .

Setelah gagal dalam cubaan pertama disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, hari ini, antara pukul 8.00 malam hingga 1 pagi, Felix Baumgarnter akan mencuba lagi sekali untuk terjun daripada kedudukan 120,000 kaki daripada tanah.

Misi yang turut disokong oleh Red Bull ini mungkin tampak tidak masuk akal bagi sesetengah pihak. Namun, dari segi Sains, ia membantu dalam mengumpulkan data yang akan membolehkan pelepasan beraltitud tinggi dari kapal angkasa. Terjunan ini dijangka mencapai had laju sehingga 1,100 kilometer sejam.

Bagi anda yang berminat, boleh mengikuti perkembangan langsung acara ini daripada YouTube melalui saluran Red Bull Stratos.


TIPS & ULASAN