Selain daripada Android, Huawei juga turut sama kelihatan memfokuskan kepada pasaran Windows Phone 8 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dimana selepas pelbagai ura-ura sebelum ini, kini kerangka luar untuk peranti berkenaan telah mula kelihatan.
Buat masa ini, maklumat lanjut berkaitan dengannya masih tidak diketahui sepenuhnya. Namun, daripada apa yang diperkatakan, ia kelihatan bakal membawakan rekabentuk menyerupai Huawei Ascend P1 yang menggunakan Android, dan dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.
Peranti ini dijangka akan diperkenalkan kepada pasaran seluruh dunia, termasuk China, menjelang penghujung tahun ini, ataupun awal tahun 2013 kelak.
Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengannya akan kedengaran dalam seminggu dua lagi.