Kerentanan Pada Pangkalan Data Web MMU Dan UNiSEL Kritikal – Data Pelajar Tidak Selamat?

Kerentanan Pada Pangkalan Data Web MMU Dan UNiSEL Kritikal – Data Pelajar Tidak Selamat?

Diterbitkan pada Okt 15, 2012 oleh .

Jikalau sebelum ini kita terdengar akan berkenaan beberapa laman IPT tempatan yang mudah digodam, namun, kini masalah yang lebih serius dikenal pasti pada dua laman web universiti tempatan, dimana membolehkan akses terus ke data peribadi pelajar.

Perkara ini berlaku disebabkan oleh kerentanan pangkalan data yang terdapat pada kedua-dua laman rasmi MMU dan juga UNiSEL, yang mana agak kritikal, dan juga berbahaya sekiranya tidak dibaiki dengan kadar segera.

Sehingga kini, tiada sebarang kebocoran maklumat peribadi pelajar yang dilaporkan lagi. Mungkin pihak universiti berkaitan perlu mengemaskini sistem mereka untuk mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Kerentanan (vulnerability) : Kelemahan pada sistem komputer yang boleh mengancam keselamatan komputer.


TIPS & ULASAN