Microsoft Mengeluarkan Video Promosi Pertama Untuk Windows 8

Microsoft Mengeluarkan Video Promosi Pertama Untuk Windows 8

Diterbitkan pada Okt 15, 2012 oleh .

Dengan pelancaran rasmi Windows 8 yang bakal diadakan pada 26 Oktober kelak, kini pihak Microsoft telah pun mengeluarkan video promosi rasmi yang pertama, memperlihatkan beberapa fungsi baru pada Windows 8 melaluinya.

Daripada video yang dipertontonkan, ia memperlihatkan fokus sepenuhnya pada skrin sentuh, dan sistem operasi yang mesra digunakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira umur.

Windows 8 bakal membawakan antaramuka berasaskan Metro, yang mana menjadikan ia mesra skrin sentuh, disamping tuurt mengintegrasikan elemen yang terdapat pada sistem operasi masa sekarang, untuk memudahkan ia digunakan pada desktop dan lain-lain.

Microsoft dan beberapa pengeluar peranti akan mengumumkan Windows 8 bersama-sama dengan tablet,, komputer riba, dan juga desktop baru pada 26 Oktober ini.


TIPS & ULASAN