Echofon Untuk Android Versi Alpha Sedia Untuk Diuji

Diterbitkan pada Okt 15, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Echofon merupakan antara klien Twitter yang popular, dimana bukan sahaja terdapat untuk Firefox, tetapi turut sama ditawarkan untuk iOS, Windows dan juga Mac. Dan kini, pembangunnya telah pun memulakan ujian alpha untuk para pengguna Android.

Echofon untuk Android versi alpha ini membawakan antaramuka yang selari dengan rekabentuk tema Android yang baru, dimana menyertakan pilihan Holo Light dan juga Holo Dark. Pada masa yang sama, ia masih mengekalkan ciri-ciri dan rekabentuk Echofon sedia ada padanya.

Walaupun ia dilabelkan sebagai Alpha, namun, ia berfungsi tanpa sebarang masalah buat masa ini. Cuma yang mungkin membuatkan ramai tidak menyukainya adalah iklan yang dipaparkan pada bahagian atas skrin utama aplikasi ini.

Bagi anda yang mempunyai peranti Android, boleh mengujinya hari ini pada peranti anda.

Tips daripada @tmwwtw

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami