Sejak iPhone 5 dilancarkan pada bulan lepas, ramai yang menantikan ketibaannya di Malaysia. Dan terkini, dengan pelbagai ura-ura mengatakan pelancarannya pada penghujung bulan ini, banner iPhone 5 daripada Maxis telah pun mula kelihatan.
Daripada gambar yang dimuat-naik oleh Shibli, ia memperlihatkan yang mana ia direka untuk pra-tempahan iPhone 5 daripada Maxis. Ia dikatakan, banner ini diperlihatkan pada kedai Maxis Exclusive Partner. Buat masa ini, Maxis masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan dengan bilakah mereka akan memulakan pra-tempahan ataupun jualan, mungkin kerana menantikan “lampu hijau” daripada pihak Apple.
Apple iPhone 5 merupakan telefon pintar generasi baru daripada pihak Apple, membawakan skrin bersaiz 4-inci, dan dijana menggunakan iOS 6 padanya. Ia turut dilengkapi dengan kabel Lightning untuk pengecasan, menggantikan kabel lama yang bersaiz besar.
Selain daripada Maxis, antara syarikat telekomunikasi lain yang dijangka akan melancarkan iPhone 5 adalah termasuk Celcom dan juga DiGi, dimana ketiga-tiga syarikat telekomunikasi ini telah pun bersedia dengan kad-SIM Nano untuk pelanggan mereka.