Xbox Music Diperkenalkan Untuk Xbox 360, Windows Phone 8 Dan Windows 8

Xbox Music Diperkenalkan Untuk Xbox 360, Windows Phone 8 Dan Windows 8

Diterbitkan pada Okt 15, 2012 oleh .

Dengan Apple dan Google yang sedia menawarkan perkhidmatan belian muzik, kini Microsoft turut sama menawarkan perkhidmatan sama, dinamakan sebagai Xbox Music. Ia akan diperkenalkan untuk Xbox 360 bermula esok, dan untuk para pengguna Windows 8 bermula 26 Oktober kelak.

Microsoft mengatakan yang melalui Xbox Music, ia membolehkan para pengguna menikmati lagu kegemaran mereka pada sebarang peranti, termasuk pada tablet, PC, telefon pintar, mahupun pada TV.

Perkhidmatan ini disediakan secara percuma selama enam bulan untuk para pengguna Windows 8, yang mana ia akan ditawarkan dengan sokongan iklan. Sementara itu, ia dikatakan disediakan secara berbayar untuk pengguna Xbox 360 dan Windows Phone 8.

Microsoft mengatakan terdapat lebih 30 juta lagu global yang disediakan melalui perkhidmatan tersebut. Ia masih tidak diketahui berapa ramai artis tempatan yang tersenarai dalam perkhidmatan tersebut ketika permulaan ini.


TIPS & ULASAN