Nokia telah sekian lama diura-ura akan memperkenalkan tablet mereka tersendiri, dan kini, ia seperti dikukuhkan lagi, dengan dua paten tablet oleh pihak Nokia, memperlihatkan kemungkinan tablet Windows 8 daripada mereka.
Rekabentuk yang dipatenkan ini bukanlah sesuatu yang baru, dimana ia telah pun sedia dipatenkan pada sekitar bulan 2011, dan mungkin terdapat pelbagai perubahan perancangan sebelum ini.
Mengikut ura-ura sebelum ini sendiri, Nokia pernah dikatakan akan hadir dengan tablet MeeGo, namun, ia tidak pernah direalisasikan.
Namun, dengan pelbagai pengeluar peranti, termasuk Samsung, dan Sony yang masing-masing hadir dengan tablet tersendiri, mungkinkah kita akan melihat tablet daripada Nokia turut menyertai pasaran?