Cari @ Amanz

Selain daripada iPad Mini yang diura-ura akan bakal dilancarkan pada penghujung bulan ini, mengikut 9To5Mac, ia disahkan yang mana Apple bakal memperkenalkan komputer riba mereka, MacBook Pro 13-inci dengan paparan Retina pada tarikh yang sama.

Ia dikatakan komputer riba baru ini bakal membawakan rekabentuk yang menyerupai versi 15-inci, seperti mana yang diperkenalkan pada bulan Jun yang lepas. Ia bakal dilengkapi dengan cip pemprosesan yang lebih pantas, dan juga sokongan USB 3.0 padanya.

Harga jualannya dikatakan pada kadar premium. Sebelum ini, MacBook Pro Retina 15-inci dijual pada harga bermula RM6799.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd