Dalam pelbagai aplikasi yang menawarkan pembacaan fail berbentuk PDF, salah satu yang popular adalah Adobe Reader. Hari ini, pihak Adobe telah pun mengemaskini aplikasi Adobe Reader, memperkenalkan Adobe Reader X1 untuk semua pengguna, secara percuma.
Adobe Reader XI membawakan beberapa fungsi baru bersama-sama dengannya, yang mana turut dioptimasikan untuk skrin sentuh terutamanya untuk Windows 8, disamping mesra digunakan bersama OS X Mountain Lion.
Pada masa yang sama, perkhidmatan atas-talian Adobe juga turut dikemaskini, dimana selain membolehkan para pengguna membuat fail PDF padanya, kini mereka turut menyokong kebolehan menukar format fail daripada PDF kepada Word ataupun Excel.
Perkara ini mungkin kerana disebabkan oleh Microsoft Office 2013 yang telah pun mula menyokong format PDF, dan Adobe turut sama mula menyokongnya, supaya para pengguna kekal menggunakan perkhidmatan mereka.
Bagi para pengguna Adobe Reader sedia ada, anda boleh mengemaskini aplikasi anda dengan ke menu Help dan seterusnya klik pada “Check For Updates”. Bagi pengguna yang ingin mendapatkan fail pemasangannya, boleh memuat-turun daripada halaman FTP Adobe hari ini.