Cari @ Amanz

Setelah diumumkan sekitar bulan Ogos 2012 yang lepas, kini LG Malaysia telah pun memulakan promosi melalui halaman Facebook mereka, mengatakan yang mana ia akan hadir untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

LG Optimus Vu ini membawakan cip pemprosesan empat-teras dengan prestasi dan tenaga pemprosesan yang tinggi, skrin True HD IPS bersaiz 5-inci dengan paparan 4:3, kamera belakang 8-megapixel, storan terbina 32GB dan juga memori sebanyak 1GB RAM.

Buat masa ini, tarikh rasmi untuknya masih belum diumumkan. Selain daripada itu, ia juga tidak diketahui adakah beberapa variasi lain LG Optimus Vu akan turut hadir ataupun sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd