Cari @ Amanz

Setelah memperlihatkan beberapa video sebelum ini yang menunjukkan permainan perseorangan, kini Electronic Arts telah pun memuat-naik video baru pada saluran YouTube mereka, memperlihatkan sokongan permainan multiplayer melalui permainan Need for Speed : Most Wanted.

Berbeza dengan permainan perlumbaan biasa yang memfokuskan kepada kelajuan, sokongan permainan multiplayer yang menggunakan internet ini turut sama memfokuskan kepada kehancuran yang dilakukan oleh para pemain, selain mendapat ganjaran ke atas pemanduan secara agresif. Beberapa bentuk perlumbaan turut disediakan, dimana rekod masa turut dicatatkan, membolehkan anda bersaing dengan lebih efektif dengan para pelumba di seluruh dunia.

Need for Speed : Most Wanted ini bakal diperkenalkan untuk para pengguna PC, PlayStation 3, dan juga Xbox 360 pada penghujung bulan ini. Selain daripada itu, EA juga turut bakal memperkenalkan permainan Most Wanted untuk pengguna Android dan iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd