Adakah Ini Peranti Huawei Ascend W1 Dengan Windows Phone 8?

Adakah Ini Peranti Huawei Ascend W1 Dengan Windows Phone 8?

Diterbitkan pada Okt 15, 2012 oleh .

Jikalau beberapa hari sebelum ini kita dapat melihat panel skrin hadapan untuk Huawei Ascend W1, hari ini, gambar awal peranti yang dikatakan sebagai peranti pertama Windows Phone 8 daripada pihak Huawei.

Ia dikatakan Huawei Ascend W1 ii bakal hadir dengan spesifikasi sederhana, dan ditawarkan dalam beberapa pilihan warna, sepertimana yang ditawarkan oleh pihak Nokia dan HTC.

Daripada ura-ura yang kedengaran, ia diperkatakan Huawei Ascend W1 ini bakal membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.2GHz, memori sebanyak 512MB RAM, GPU 400Mhz, dan skrin 4-inci WVGA, serta bateru berkapasiti 2000 mAh. Ia turut akan dilengkapi dengan kamera 5-megapixel pada bahagian belakang dan sokongan kamera hadapan untuk panggilan video.

Huawei dijangka akan mengumumkannya pada penghujung bulan ini, dan mungkin mensasarkan pasaran China terlebih dahulu sebelum diperluaskan kepada seluruh dunia.


TIPS & ULASAN