Maklumat Awal Berkaitan Aplikasi Google Maps Untuk iOS 6 Mula Kelihatan

Maklumat Awal Berkaitan Aplikasi Google Maps Untuk iOS 6 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Okt 15, 2012 oleh .

Sejak iOS 6 diperkenalkan tempoh hari, salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna adalah aplikasi Google Maps daripada Google, memandangkan ia telah digantikan menggunakan Apple Maps yang kekurangan pelbagai jenis data. Namun, penantian untuk aplikasi tersebut mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

Menurut apa yang dikongsikan oleh @benguild, ia diperkatakan aplikasi Google Maps kelak akan berasaskan kepada vektor, dan turut dioptimasikan untuk iPhone 5, selain beroperasi dengan pantas. Selain itu, ia juga bakal mengintegrasikan sokongan untuk memusingkan sudut pemandangan menggunakan dua jari.

Mengikut ura-ura awal sebelum ini, ia diperkatakan Google Maps baru ini kelak akan mengintegrasikan sokongan Google Earth padanya, sekaligus membawakan paparan 3D untuk para pengguna.

Namun, satu persoalan yang tertanya-tanya oleh semua semestinya bilakah ianya akan dilancarkan kepada umum, dan adakah kelak Apple akan meluluskan aplikasi ini pada AppStore.


TIPS & ULASAN