Carian
Gambar Peranti Prototaip Sony Nexus X Mula Kelihatan?
October 15, 2012 Aman

Jikalau selama ini hanya gambar peranti Nexus daripada LG sahaja diperlihatkan, malah telah diulas secara mendalam jauh sebelum ia diumumkan, kini beberapa gambar baru peranti Nexus daripada Sony pula mula tertiris ke arena web.

Peranti yang diura-ura akan hadirnya daripada Sony ini dikatakan dikenali sebagai Sony Nexus X, dan mungkin akan didatangkan bersama-sama Android 4.2, seperti peranti LG yang diperlihatkan sebelum ini.

Maklumat mengenai spesifikasi dan sebagainya masih tidak diketahui lagi buat masa ini. Sekiranya ia benar adalah peranti Nexus daripada Sony, dan jika tarikh pelancarannya adalah sama dengan pihak LG, mungkin kita akan melihat ia diumumkan pada penghujung bulan ini.

Sebelum ini sendiri, ia telah diperkatakan yang mana Sony bakal hadir dengan peranti Nexus mereka, dan ada beberapa laporan yang mengatakan ia akan menyerupai Xperia T. Perkara sepenuhnya masih tidak disahkan lagi, dan mungkin kita akan melihat Sony memperkenalkannya tidak lama lagi, bersama-sama sistem operasi Android yang dikemaskini padanya.

Selain daripada Sony, antara pengeluar yang turut sama diura-ura akan hadir bersama-sama dengan peranti Nexus adalah termasuk HTC, dan juga Samsung.

Komen