Skrin | LCD 21.5″ |
CPU | Intel Core Ivy Bridge (Core i5/i30 |
Intel Core Sandy Bridge | |
GPU | NVIDIA GT610M (1GB) |
Intel HD Graphics 2500 | |
Memori | Sehingga 8GB DDR3 1600MHz |
Storan | Sehingga 2TB SATA |
Asus Malaysia hari ini mengemaskini halaman Facebook mereka, mengatakan yang mana komputer terbaru mereka, Asus All-in-One PC ET2220 yang menggunakan Windows 8 bakal dilancarkan pada bulan November ini.
AIO terbaru daripada Asus ini membawakan skrin bersaiz 21.5-inci, dan didatangkan dengan sokongan skrin sentuh padanya. Menurut Asus, ia turut dioptimasikan untuk audio, dan menjimatkan ruangan, disamping membawakan rekabentuk yang elegan.
Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan generasi ketiga Intel Core i5, dan didatangkan bersama-sama ruangan USB 3.0 padanya, selain sokongan HDMI padanya. Pembaca cakera Blu-ray turut diintegrasikan pada AIO Asus ini. Untuk sokongan audio, ia didatangkan bersama-sama teknologi daripada SonicMaster, melalui stereo 5W yang terbina padanya.
Harga jualannya masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Memandangkan ia akan dilengkapi sistem operasi Windows 8 padanya, mungkin kita boleh menjangka harga ia diumumkan setelah pelancarannya kelak. Pihak Asus sekadar mengatakan melalui kemaskini di Facebook tersebut, dimana para pengguna akan terkejut dengannya pada 23 Oktober ini.