Cari @ Amanz

Kebanyakkan gergasi internet sering menguji rekabentuk laman yang baru dari semasa ke semasa, dan tidak ketinggalan untuk Facebook turut melakukan perkara sama. Melalui ujian terkini, ia kelihatan Facebook sedang menguji beberapa perubahan pada bar notifikasi mereka, dengan mengubah kedudukannya.

Daripada perubahan yang kelihatan, Facebook mengubah lokasi tiga ikon utama mereka, iaitu Message, notifikasi, dan juga Friend Requests ke bahagian kanan, sementara pada bahagian kiri laman, ia hanya mengekalkan logo Facebook dan juga kotak carian pada bahagian kiri.

Ujian ini kelihatan adalah untuk membolehkan para pengguna memfokuskan kepada bahagian kanan, dimana membolehkan para pengguna mengetahui perkembangan seperti hari jadi rakan, dan sudah tentunya memberikan lebih impak kepada iklan yang diperlihatkan pada laman tersebut.

Ia tidak diketahui sama ada ia akan menjadi rekabentuk akhir, dan diperkenalkan kepada semua pengguna ataupun sebaliknya, memandangkan ianya hanya ujian yang melibatkan segelintir kecil pengguna sahaja buat masa ini.

Walaubagaimanapun, apakah pendapat anda berkenaan ujian rekabentuk baru Facebook ini?

Terima kasih @fiquetionary

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd