Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengumuman pihak Microsoft berkaitan Xbox Music yang bakal diperkenalkan untuk Xbox 360, Windows Phone 8 dan juga sistem operasi Windows 8, ia kelihatan Microsoft turut sama akan memperkenalkan perkhidmatan yang sama untuk para pengguna Android dan juga iOS.

Microsoft sendiri telah mengatakan yang mana mereka ingin membawakan perkhidmatan tersebut kepada pelbagai jenis peranti, dan ia kelihatan, selain Windows Phone 8, mereka turut sama akan memperkenalkannya untuk Android dan juga iOS.

Ia diperkatakan yang mana rekabentuk aplikasi Android dan iOS kelak akan berasaskan kepada antaramuka Moden (Metro), menjadikan antaramuka perkhidmatan tersebut selari dengan yang lain.

Berkemungkinan besar, Microsoft turut sama akan mengekalkan struktur penghargaan langganan pada Android dan iOS, dimana Xbox Music mungkin ditawarkan pada harga langganan sekitar $10 sebulan. Namun, ia masih tidak dapat disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Ia juga tidak diketahui lagi bilakah aplikasi Xbox Music akan diperkenalkan untuk Android dan juga iOS.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd