Cari @ Amanz

Selain daripada iklan untuk Windows 8 yang dikeluarkan oleh pihak Microsoft sebelum ini, kini kelihatan Microsoft turut sama telah bersedia dengan iklan video untuk peranti hibrid mereka, Microsoft Surface.

Daripada apa yang diperlihatkan, iklan pertama ini memfokuskan kepada rekabentuk peranti tersebut, bersama-sama dengan sokongan papan kekunci magnetik yang boleh ditanggal dan dipasang dengan mudah.

Microsoft Surface dijangka akan diumumkan oleh Microsoft secara rasminya pada 25 Oktober kelak, dimana akan mula dijual bersama-sama dengan Windows 8.

Harga dan tarikh jualan rasminya masih tidak diketahui untuk pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd