FourSquare Memperkenalkan Halaman Utama Yang Memfokuskan Kepada Kotak Carian

FourSquare Memperkenalkan Halaman Utama Yang Memfokuskan Kepada Kotak Carian

Diterbitkan pada Okt 16, 2012 oleh .

FourSquare, seperti semua sedia maklum, merupakan salah satu laman sosial berasaskan lokasi yang popular dikalangan pengguna seluruh dunia. Setelah sekian lama memfokuskan kepada daftar masuk lokasi untuk para pengguna berdaftar, kini mereka mengubah rekabentuk halaman utama, memfokuskan kepada kotak carian.

Daripada rekabentuk baru ini, FourSquare memperlihatkan kotak carian pada bahagian tengah, dengan berlatar belakang akan peta lokasi seseorang pengguna itu.

Dan melalui rekabentuk baru ini, ia memudahkan para pengguna mencari lokasi atau tempat yang ingin dituju, dan terus diperlihatkan pada peta serta merta, selain info tambahan pada bahagian kiri laman.

Untuk pengguna berdaftar pula, beberapa info dan pilihan tetapan tambahan disediakan, membolehkan mereka mencari dengan lebih efektif lagi berbanding pengguna yang tidak berdaftar.

Semestinya, dengan memfokuskan kepada enjin carian, FourSquare boleh mula menjana pendapatan tambahan, melalui pengiklanan dan sebagainya. Dari segi data lokasi, mungkin FourSquare boleh dikatakan dapat menewaskan pihak Google dengan mudah, apatah lagi ia dibina berdasarkan kepada input daripada para pengguna itu sendiri.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak halaman rasmi FourSquare hari ini, dan menyemaknya sendiri.


TIPS & ULASAN