Cari @ Amanz

Pada Computex 2012 awal tahun yang lalu, Acer telah pun memperlihatkan Aspire S7, dan hari ini, Acer Malaysia mempertontonkan Ultrabook terbaru mereka itu yang didatangkan bersama-sama dengan skrin sentuh dan juga sistem operasi Windows 8 padanya.

Menurut pihak Acer Malaysia, ia bakal dijual di Malaysia pada penghujung bulan ini, dan harga yang diperkatakan adalah sekitar RM3,500 ke RM4,000, untuk versi 13-inci, manakala masih tidak diketahui berkenaan harga dan tarikh jualan untuk versi 11-inci.

Spesifikasi masih tidak dikongsikan sepenuhnya oleh pihak Acer Malaysia buat masa ini. Namun, daripada apa yang dikongsikan, ia membawakan skrin dengan paparan HD 1080p, dilengkapi memori sebanyak 4GB RAM, dan turut didatangkan dengan aksesori tambahan iaitu, adapter USB ke LAN Ethernet, dan juga mikro-HDMI ke VGA.

Menurut pihak Acer Malaysia, baterinya menyokong untuk digunakan sehingga selama enam jam, sama seperti kebanyakkan Ultrabook pada hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd