Dua Telefon Pintar Android Daripada Acer Pada Bulan Hadapan Di Malaysia

Dua Telefon Pintar Android Daripada Acer Pada Bulan Hadapan Di Malaysia

Diterbitkan pada Okt 16, 2012 oleh .

Acer, selain daripada fokus kepada komputer riba, mereka juga turut sama mempunyai beberapa tawaran telefon pintar, dimana dua daripadanya, Acer CloudMobile S500 dan juga Acer Z110 akan dijual di Malaysia pada bulan hadapan.

Tarikh rasmi masih tidak dikongsikan buat masa ini, namun pihak Acer mengatakan Acer CloudMobile S500 bakal berharga RM1299, manakala Acer Z110 bakal berharga RM399 di Malaysia. Kedua-duanya dijana menggunakan sistem operasi Android, dimana CloudMobile S500 menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, manakala Acer Z100 dijana menggunakan Android 2.3 Gingerbread.

Acer CloudMobile S500 membawakan cip pemprosesan dwi-teras 1.5Ghz, skrin bersaiz 4.3-inci dengan ketumpatan pixel pada kadar 342PPI, kamera 8-megapixel, dan memori sebanyak 1GB RAM, dan bateri berkapasiti 1460mAh.

Acer Z110 pula membawakan skrin bersaiz 3.5-inci, cip pemprosesan 1GHz dan dilengkapi beberapa sokongan asas termasuk mikroSD dan juga kamera belakang padanya.

Kedua-dua peranti ini bakal mula dijual oleh pengedar rasmi Acer pada bulan hadapan, namun tiada sebarang tarikh rasmi dikongsikan buat masa ini. Kami akan hadir dengan video pandang pertama dalam sehari dua.


TIPS & ULASAN