Cari @ Amanz

Asus, hari ini, sepertimana yang dinantikan telah pun mengumumkan peranti hibrid antara telefon pintar dan juga tablet, iaitu Asus Padfone 2, yang mana seperti gambar tertiris sebelum ini, membawakan beberapa kemaskini dari segi rekabentuk, spesifikasi, dan juga beberapa perkara lain yang berkaitan.

Asus Padfone 2 masih mengekalkan dengan menggunakan sistem operasi Android padanya. Telefon pintar Padfone 2 kini didatangkan dengan skrin IPS bersaiz 4.7-inci dengan sokongan paparan 720p padanya, kamera 13-megapixel pada bahagian belakang, serta dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras 1.5GHz Snapdragon S4, bateri berkapasiti 2140mAh serta memori sebanyak 2GB RAM padanya.

Untuk tablet Padfone 2 pula, ia membawakan perubahan pada bahagian menyambungkan telefon pintar, dimana dock kini kelihatan lebih baik berbanding rekabentuk generasi sebelumnya.

Ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 10.1-inci dengan paparan resolusi 1280×800 pixel, serta bateri berkapasiti 5000mAh padanya. Kapasiti bateri pada bahagian tablet kelihatan dikurangkan, manakala pada telefon pintar, ia dipertingkatkan lagi.

Seperti beberapa peranti terkini, ia juga didatangkan bersama-sama dengan sokongan rangkaian LTE, serta perkongsian melalui NFC. Asus Padfone 2 dilengkapi dengan Android 4.0.4, dan menurut Asus, mereka akan memperkenalkan kemaskini Android 4.1 Jelly Bean dalam masa terdekat. Namun satu kekurangan adalah berkemungkinan kerana ketiadaan papan kekunci tambahan untuknya.

Ia dikatakan negara Asia bakal menerimanya sebelum penghujung tahun ini. Tiada tarikh spesifik yang dikongsikan, dan masih tidak diketahui lagi berkaitan bilakah ia akan ditawarkan di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd