Carian
ROM Pembangunan Android 4.2 Tertiris – Memperlihatkan Panel Akses Pantas Ke Tetapan
October 16, 2012 Aman

Panel akses pantas ke tetapan disebalik bahagian panel notifikasiDengan satu demi satu gambar dan info berkaitan dengan peranti Nexus yang kedengaran, kini nampaknya, lebih menarik lagi, Android Police kelihatan telah mendapat akses kepada versi pembangunan Android 4.2, sekaligus memperlihatkan satu demi satu fungsi baru yang dibawakan bersama-sama dengannya.

Ia kelihatan mereka masih melihat satu demi satu fungsi baru yang disertakan pada versi pembangunan tersebut, dan salah satu perkara yang mereka telah temui adalah sokongan akses pantas ke halaman tetapan.

Daripada apa yang dipertontonkan, ia menunjukkan, kelak para pengguna Android boleh mengakses dengan lebih pantas ke halaman tetapan dengan hanya meluncurkan panel ke bawah setelah membuka panel notifikasi dari bahagian atas.

Buat masa ini, beberapa pengeluar peranti telah pun sedia mengubah-suai antaramuka Android dengan menyertakan akses pantas kepada beberapa bahagian tetapan terus pada panel notifikasi, termasuk salah satunya adalah TouchWiz daripada Samsung.

Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan awal, maka tidak dapat disahkan sepenuhnya sama ada fungsi ini akan diintegrasikan pada versi akhir ataupun tidak.

Dan semestinya, sepanjang minggu ini, kita akan mendengar lebih banyak maklumat awal berkaitan Android 4.2.

Komen