Dengan Windows 8 yang bakal menjelang tiba, pelbagai pengeluar akan hadir dengan peranti Windows 8 masing-masing, dan kini, Acer Malaysia, selain memperkenalkan Aspire S7, mereka turut berkongsi mengatakan mereka akan mematikan pemasaran dan penjualan Aspire S5 menjelang penghujung tahun ini.
Perkara ini adalah kerana Aspire S5 yang membawakan harga premium yang lebih kurang sama dengan Aspire S7, dan dari segi fungsi, Aspire S7 menawarkan lebih banyak perkara menarik, termasuk sokongan skrin sentuh dan dilengkapi Windows 8 padanya.
Namun, komputer riba Aspire S3 akan kekal dipasaran pada tahun hadapan, dan memfokuskan kepada pasaran dan pengguna yang inginkan komputer riba Acer pada harga rendah.
Acer Aspire S7 yang dilengkapi dengan Windows 8 bakal dijual di Malaysia bermula penghujung tahun ini.