Bersama-sama Windows 8, Microsoft turut sama bakal memperkenalkan peranti yang dibangunkan oleh mereka sendiri, dinamakan sebagai Surface. Dan menariknya, ura-ura awal berkaitan harga jualannya di Malaysia telah pun mula kedengaran.
Daripada apa yang kami dengar, ia diperkatakan Microsoft bakal menawarkan Surface yang didatangkan bersama-sama Windows RT pada harga RM1200, manakala Surface yang didatangkan bersama-sama Windows Pro pada harga RM3300 di Malaysia kelak.
Memandangkan ianya merupakan ura-ura awal, maka mungkin berlaku sedikit perubahan dari segi harga dan sebagainya ketika pelancaran akhirnya kelak. Mungkin juga harga jualannya kelak lebih murah daripada apa yang diura-urakan ini.
Ia masih tidak diketahui bilakah Surface akan ditawarkan di Malaysia, namun semestinya ia tidak jauh dengan tarikh pelancaran globalnya. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut daripada pihak Microsoft tidak lama lagi berkaitan ini.