Asus Mengesahkan Padfone 2 Di Malaysia Sebelum Penghujung Tahun Ini

Asus Mengesahkan Padfone 2 Di Malaysia Sebelum Penghujung Tahun Ini

Diterbitkan pada Okt 16, 2012 oleh .

Asus Padfone 2 telah pun diperkenalkan pada awal hari ini, yang mana membawakan beberapa kemaskini pada gabungan peranti tablet dan juga telefon pintar itu. Dan kini, ia kelihatan pihak Asus telah pun mengesahkan ia akan dilancarkan di Malaysia sebelum 2012 berakhir.

Selain daripada Malaysia, negara jiran, Singapura dan juga Thailand turut sama akan menerimanya pada tahun ini juga, bersama-sama dengan lebih kurang 16 negara yang lain di seluruh dunia.

Asus Padfone 2 didatangkan dengan telefon pintar bersaiz 4.7-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.5Ghz Snapdragon S4, kamera 13-megapixel, serta tablet bersaiz 10.1-inci dengan kemudahan untuk dock telefon pintar berkenaan. Ia turut disertakan dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, dan Asus mengatakan akan memperkenalkan Jelly Bean untuknya tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN