Samsung Bakal Menyertakan S-Launcher Bersama-sama Komputer Windows 8

Samsung Bakal Menyertakan S-Launcher Bersama-sama Komputer Windows 8

Diterbitkan pada Okt 16, 2012 oleh .

Butang Start pada Windows adalah salah satu akses pantas yang digunakan ramai, dan Microsoft buat pertama kalinya akan membawa perubahan pada Windows 8, dengan membuang akses tersebut. Namun, Samsung berbeza, akan menyediakan sokongan untuknya melalui aplikasi tambahan yang disertakan mereka.

Aplikasi yang dinamakan sebagai S-Launcher ini bukanlah sesuatu yang baru pada produk Samsung, dimana beberapa komputer riba sebelum ini daripada mereka turut menyertakannya secara percuma, walaupun menggunakan Windows 7.

Namun, semestinya, daripada rekabentuk dan sebagainya, ia kelihatan rekabentuk Stardock Start8 jauh lebih cantik dan dioptimasikan untuk Windows 8.

Dan daripada percubaan kami sendiri menggunakan Windows 8 pada beberapa komputer riba Acer, ia kelihatan tiada sebarang masalah untuk menggunakan komputer Windows 8 tanpa akses butang Start.

Selain daripada akses pantas untuk butang Start, ia juga dijangka yang mana Samsung bakal menyertakan sokongan dock ikon lebih kurang seperti pada OS X padanya.


TIPS & ULASAN