Cari @ Amanz

Pembangun permainan mudah-alih terkemuka, Gameloft, kini telah pun menyediakan permainan simulasi bola sepak popular, Real Football versi baru, dan menariknya, ia ditawarkan secara percuma kepada para pengguna Android dan juga iOS.

Walaupun jika dibandingkan dengan beberapa permainan terkemuka seperti FIFA, ataupun PES, grafik dan permainannya masih jauh ketinggalan, namun untuk permainan secara kasual, Real Football 2013 adalah salah satu permainan yang menarik, apatah lagi ia kelihatan Gameloft memberikan perhatian padanya, dan membawakan kemaskini yang amat baik, berbanding permainan sama versi sebelum ini.

Memandangkan ia ditawarkan secara percuma, Gameloft mengintegrasikan sokongan pembelian dalam aplikasi, membolehkan para pemain membeli mata dan beberapa perkara tambahan, sekaligus memudahkan mereka bermain dan mengatasi sesuatu perkara, seperti melatih pemain dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun permainan ini secara percuma daripada AppStore ataupun Google Play hari ini, dan menikmati permainan simulasi bolasepak pada peranti mudah-alih anda.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd