Cari @ Amanz

Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, kini Apple telah pun mula menghantar jemputan media untuk media antarabangsa, bersempena dengan sebuah acara khas pada 23 Oktober (24 Oktober waktu Malaysia) ini. Seperti semua sedia maklum, ramai mensasarkan Apple bakal mengumumkan iPad Mini pada acara tersebut.

iPad Mini sebelum ini diura-ura akan dilancarkan pada minggu ini, namun dikatakan disebabkan kekurangan stok dan sebagainya, ia ditangguhkan sementara.

Semestinya minggu hadapan akan kita lihat pelbagai perbandingan antara peranti, apatah lagi, dengan Microsoft yang bakal melancarkan Surface serta beberapa pengeluar lain yang akan hadir dengan tablet Windows 8 masing-masing.

Buat masa ini, apa yang diketahui adalah iPad Mini bakal membawakan skrin bersaiz 7.85-inci, serta disertakan dengan kabel Lightning untuk pengecasan dan menghubungkan ke komputer, serta dijana menggunakan Apple iOS 6 padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd