Twitter Membawakan Beberapa Kemaskini Dalam Penggunaan Terma Bahasa Malaysia

Twitter Membawakan Beberapa Kemaskini Dalam Penggunaan Terma Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Okt 17, 2012 oleh .

Twitter telah pun memperkenalkan sokongan bahasa Malaysia pada laman sosial mereka itu tidak lama dahulu. Kini, dengan beberapa perubahan antaramuka yang diperkenalkan beberapa bulan sebelum ini, Twitter turut sama mengemaskini penggunaan terma Bahasa Malaysia pada laman sosial mereka.

Daripada apa yang kelihatan, ia menunjukkan beberapa terma pada bahagian navigasi, seperti “Profil”, diubah kepada “Saya”, selain penggunaan beberapa terma baru pada bahagian navigasi utama laman tersebut, termasuk “Temui” dan juga “Hubung”.

Perubahan ini kelihatan pada profil kami sejak daripada awal pagi ini, dan mungkin bagi para pengguna Twitter dalam bahasa Malaysia yang lain, turut sama akan mendapat perubahannya.

Bagi mereka yang berminat untuk menyumbang kepada pembangunan Twitter dalam bahasa Malaysia, anda boleh secara sukarela menterjemaah beberapa perkataan pada panel rasmi mereka. Perubahan kepada bahasa Malaysia boleh dilakukan pada halaman tetapan profil setiap pengguna.


TIPS & ULASAN